Quantcast
Channel: Jawatan Kosong Kerajaan 2016 Terkini
Viewing all articles
Browse latest Browse all 259

Kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak - 65 Kekosongan Jawatan

$
0
0
Jawatan kosong terkini JKR Sarawak Ogos hingga September 2015. Peluang kerjaya di Jabatan Kerja Raya Sarawak terkini. Sejumlah 65 kekosongan jawatan tersedia.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Jawatan Kosong 65

JKR, Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan JKR seperti berikut:

Jawatan :
- Arkitek Gred J41; 7 kekosongan,
- Jurutera Gred J41; 39 kekosongan,
- Penolong Pegawai Senibina; Gred JA29; 5 kekosongan,
- Penolong Juruukur Bahan; Gred JA29; 4 kekosongan,
- Penolong Juruukur; Gred JA29; 10 kekosongan.

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Sumber maklumat jawatan ada dilaman web Sarawak.gov.my.

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 7 September 2015

Viewing all articles
Browse latest Browse all 259